Boss Kat Sini

Lahir 27hb November 1994
Tinggal kat Negeri Jelapang Padi
Saya Kak Long, ok ???
sangat suka bila dapat bagi nasihat kat orang, tatau pasaipa :p
seorang kepala angin , derr...
HomoSapiens HAPPY

Wednesday, 9 May 2012

sindrom =.='




Hello kawan-kawan !
Aku  sekarang nie tatau nak cakap tengah seronok ke apa? =.='
Ok. Apa sebabnya aku jadi camni ?
Selepas keputusan SPM dah umum. 

Aku dah apply untuk beberapa tempat/bidang.
Aku dah apply :

1. Zakat Kedah 
2. Yayasan Islam
3. UPU
4. Matrikulasi
5.JAIK


dan sekarang masa yang ditunggu-tunggu ialah nak tau aku dapat tawaran U mana..
Besalah sekarang kan dok keco pasai UPU.. Sindrom besa lepasan SPM~ O.o
Aku dapat uni yang aku tak target.huhu

Memang aku sedih plus frust menonggeng laa.
*sapa suruh apply hat yang tamau ? pastuh wat terok =='



Korang tengok la aku dapat uni mana ??






NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:94112702****
NAMA:***********

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


E0001 - ASASI SAINS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA








nahaiii~
Aku nanak UIA weyh.. yang bagi aku U nie wat pa???
bagi la USIM ka.. boleh la terima.


Sebenarnya.....

sebab utama aku nanak sangat UIA , USIM nie sebab banyak generasi Maahad ada kat situ. 
Kakak senior aku ada kat situ. Tak la takut sangat.
Untung sape dapat UIA or USIM, sebab takkan ada culture shock. 
Maksud aku,kurang lah kalau nak banding dengan uni yang lain. 
Ye lah, kat Maahad tu mana biasa jumpa orang yang tak bertudung. 
Paling teruk pun tudung pendek depan belakang. *still lagi bertudung kan?* 
Lagi satu,aku rasa ramai kot generasi Maahad kat UIA and USIM tu. 
Cikgu-cikgu pun dah cakap macam wilayah Maahad ja kat situ.. huhu 
Yang aku tau, ramai kot kawan-kawan akau dapat UiTM Puncak Alam ni. 
Aku harap ramai lagi la generasi Maahad ada kat situ, tak lah aku culture shock sangat.


Kalau tak dapat Zakat atau Yayasan, baru lah aku pegi UiTM Puncak Alam ni. 
Kiranya macam 3rd option la. *kejam kan aku? orang lain punya la sedih xdapat mana2 tawaran ;'(
Tapi serius weyh... macam menarik je kampus ni.
First time tengok gambar dah jatuh cinta. Dah la bangunan dye kaler purple ;D menarik


maih kita tengok link senior kat UiTM PALAM nie ;D


Link Satu (F)
Link Dua (F)
Link Tiga (F)
Link Empat (M)


F = stands for female and M stands for male , kay ? apasal link blog laki satu ja ? 
ikut suka aku la~hehe
eh dak la, aku jumpa satu ja. Aku share hat tuh ja la..


Belum lagi tu kalau pegi tengok betul-betul depan mata. ;D
Aku kena daftar 2 Jun 2012. Sangat cuak sebab kena jadi JUNIOR.
*dah la sama tarikh dengan kenduri kahwin pacikk aku.. hadushh

Dan sebenarnya aku tak confirm lagi masuk UiTM PALAM ni sebab 
masih tunggu tawaran Zakat dan Yayasan. Aduih,lambatnya. 
MARA aku tak target sangat  sebab depa bagi syarat permohonan tinggi melangut nuhhh. 
Ohh, Zakat dan Yayasan ! Ape cite ni buat aku ni tertunggu-tunggu. 
Penantian satu penyeksaaan! Betul-betul terseksa ni.


Camna sekali pun, aku tetap bersyukur dengan ketetapan yang telah ditakdirkan ini. 
Semoga ALLAH perteguhkan jati diri dan imanku walau di mana jua aku berada. 
Amiin ya rabbal alamin.


Salam. Adiossss ;D




Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !

Saturday, 5 May 2012

Preparation untuk Interview Zakat dan Yayasan













Ok, kawan-kawan.. 
Hari nie saya nak  kongsi la sikit info pasai apa yang saya buat persiapan untuk pi temu duga nie..
dan pertama-tama, saya nak ucapkan syukur Alhamdulillah sebab layak umtuk ke interview Zakat dan Yayasan. Walaupun setakat interview, tapi tetap syiokk, besa laahh baru pertama kali kan??

Ok.. Sini, saya kongsi sikit2 maklumat asas tentang yayasan, 
korang boleh klik SINI.. 
Ambil la tau pasai sapa pengurus besar , visi, misi, latar belakang.. semua tuh laa

Untuk Zakat pulak.. pun camtu jugakk.. cari la info-info tuh kat SINI..

Tarikh Interview:
 
Zakat : 2 Mei 2012
Yayasan Islam : 6 Mei 2012..
 
Ok.. Sini ada la sikit contoh soalan yang saya google dan jumpa.. Harap-harap dapat membantu.





Soalan dalam Bahasa Melayu
  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?



Soalan dalam Bahasa Inggeris pulak..


1. Tell us about yourself and your family background. *
2. What do you know about medical doctor?
3. Why do you wish to study overseas? Why not locally? *
4. Why ZAKAT and not JPA OR MARA ?
5. Which university you wish to study in?
6. What is your future plan? *
7. What will you be in the next 10 years?
8. If we don't send you to your preferred country, where else you want to go?
9. As a doctor, what would you advise to a patient who want to abort her baby because her baby has thalassemia?
10. If you do not receive the scholar, then what is your plan? *
11. What is your small but important contribution in life?
12. Why do you choose to be a doctor? *
13. What is your preferable specialization? *
14. What is special about you?
15. What makes you different from other candidates?
16. In the past, how you would persuade others?
17. What do you know about ZAKAT?
18. If we send you to this country, will you accept our offer?
19. What is your opinion regarding the ratio between doctors and patients in Malaysia nowadays?
20. Why are you looking forward to become a doctor?
21. Why are you looking forward for scholarships? Isn't your family may afford to spend for your study plan?
22. What kind of advantage do you look for in this scholarship?
23. What do you consider as your strengths? How about your weaknesses?
24. What is your greatest achievement in your entire life?
25. What type of assignment or experiment that may prooved your skills to be a great doctor?
26. When you work as a busy doctor, how do you handle your hectic and stressful life?
27. How do you cooperate and establish good relationships with colleagues and family?
28. How can you contribute to MARA in the future?
29. What is your hope for this interview?
30. Do you aware that the study fee in that country is expected to be high?
31. Why must we choose you instead of many other high achievers out there?
32. Do you read newspaper? When was the last time?
33. Then tell us the latest issue regarding medicine.
34. What do you think when local doctors received less pay compared to doctors working overseas?
35. Who's the Agong?
36. ZAKAT is under what ministry? Who is the minister?
37. Who is ZAKAT's CEO?



bagi perhatian untuk soalan-soalan yang saya *kan tuh.. paham-paham ja la kan ;P
Antara blog-blog mengenai senior yang saya jumpa ialah :
 
dan satu lagi tips. Banyak-banyakkan lah bertanya pada senior-senior dulu pasal interview nie..
Tak semua nya menulis pengalaman dalam blog.. Rajin-rajin la buat jejak kasih kembali ya~


Kalau ada apa2 nak tanya silakan... Doakan yang terbaikk ya untuk saya dan sahabat-sahabat..
Maaf la share tips terlalu lambat dari tarikh interview.. 
Harap-harap dapat membantu adik-adik atau kawan-kawan yang bakal hadiri interview...
Best of luck, kay !


Assalamualaikum. Adiosss~






Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !

Wednesday, 2 May 2012

kenapa ??????????????





30 April 2012


tarikh yang saya tak mungkin akan lupakan
hari yang membuat saya masih trauma..
sampai hati orang tuh buat saya macam nie..
Astagfirullah...

Pagi hari :

Saya bersedia nak pergi kelas SPOKEN ENGLISH..
selalunya hari Selasa, tapi kami semua minta diawalkan sebab
masing-masing ada temuduga hari Rabu tuh..
Jadi harap ada 'gap' la sikit antara kelas dengan temuduga tuhh
Alhamdulillah.. Saya bersyukur sangat, layak ke temu duga ZAKAT

Saya 'surf' internet, cari macam-macam pasal temu duga,
baru nak cari sebab baru balik dari bercuti..
dan hanya ada dua hari untuk buat persediaan temuduga ZAKAT..
Setelah saya 'charge' kamera kesayangan saya..
Saya sempat la tengok hampir semua gambar-gam bar kenangan saya dalm tuhh..
Gambar dengan kawan-kawan sekolah dan ex-schoolmate dulu-dulu..
Gambar dengan cikgu-cikgu...
dan koleksi gambar pertama saya dengan keluarga saya...
Gambar percutian kami yang pertama hasil kerja kamera pemberian mama saya..
kakak, mintak maaf, mama !! huhu
Saya seronok sangat, akhirnya Alhamdulillah.....
saya dapat merakamkan detik-detik bersama keluarga saya.
Tapi saya tak pernah sangka itu kali terakhir saya dapat lihat semua koleksi itu..

Petang hari :

Saya bersiap sedia untuk ke kelas SPOKEN ENGLISH saya..
Saya turut bawa kamer tuhh memandangkan kelas hari nie mungkin kelas kami yang terakhir..
Saya membayangkan akan bergambar dengan teacher saya...
Tapii....
kelas masih ada permintaan untuk diteruskan...
ok, tapalahh saya akan bergambar lain kali...
Kelas hari tuh sangat menyeronokkan..
Aktiviti yang cikgu sediakan memang terbaikkkk !!
tapiiii....
betullah kata orang :


JANGAN TERLAMPAU SERONOK...
NANTI DITIMPA KESEDIHAN PULAK...

dan seperti biasa, saya tumpang Farzana untuk kembali ke Alor Setar,
ayah Farzz menurunkan saya di Masjid Al-Ghufran seperti biasa..
Setelah ucapkan terima kasih..
Saya pun menelefon mama saya untuk beritahu tentang kedudukan saya..
Mama saya cakap, ayah saya akan pi ambil adik saya dulu..
Jadi saya buat keputusan untuk solat Asar dulu di masjid ini..
Setelah selesai berwuduk....
Saya pun bersiap-siap memakai telekung...
Silap saya seniri, cuaiiii !!!
Saya letakkan beg saya di belakang sayaaaa!!!
hanya tutup beg tersebut dengan tudunggg saja!!!
Sebelum tu, saya....
Entah laaa perasaan tuhh.. tak tenangg...
2-3 kali jugak saya tenung kat beg saya....
dan akhirnya saya buat keputusan untuk tawakall...
Moga Allah menjaga keselamatan  beg saya
Setelah usai solat...
saya belum menyedari kejadian sebenar....
Saya lipat dan kemaskan sikit kawasan solat muslimah yang agakkk serabutt..
Saya rasa agak hairan melihat keadaan letak duduk tudung saya.. agak berselerakkk..
Tapi saya cuma biarkannn, mungkin saya yang letakkan begitu tadi...
Setelah saya bersiap semula dan keluar dari kawasan tersebutt..
Saya bercadang untuk menelefon ibu saya...
Astaghfirullahh...
Saya cari semula handphone sya........
dan ia dah TAKDAK !!!!
Ya Allah... waktu tuhh saya betul-betul panikk...
saya cari balik di sekitar tempat wudukk, tempat letak beg saya tadiii...
dan sangkaan saya memang benar, ia dah dicuriii..
Kemudian segala-galanya kembali terbayang dalam fikiran sya...
Waktu tuh hanya Allah yang faham perasaan saya....
betapa saya rasa bersalah kerana jadi begitu cuaiii...
perasaan tuh membuak-buak apabila saya menyedari bahawa saya turut membawa kamera kesayangan saya... dan kedua-duanya telah TIADA...
Saya masih rasa bersalahhh terhadap kedua mama dengan ayah saya kerana  telah sia-siakan pemberian mereka... 
Selepas kejadian tersebut, saya tak bercakap hampir seharian..
Saya terbayang-bayang kejadian tersebut... 
Dah laaa, besok tuhh ada temuduga impian saya...
Astagfirullahh.. Alhamdulillah Allah beri kekuatan kepada saya..

Di sini, saya ingin nyatakan kepada orang tersebut 
andaikata takdir Allah anda membaca entri ini:
saya dah redho dengan perbuatan ANDA pada saya..
mungkin bukan rezeki saya ditakdirkan untuk terus bersama dengan kamera tuhh..
Cuma ingatlah perbuatan mengambil barangan orang lain nie bukan satu perkara yang mulia...
Mungkin ada hikmah di sebalik ini... tapi yang pastinya saya sangat terkesan dengan perbuatan anda...
Ingatlahh.... Kita semua makluk Allah.. Allah itu Maha Adil...
Mungkin kita tak akan berjumpa di dunia ini... 
InsyaAllah, dengan izinNya, Allah akan tunjukkan kekuasaanNya kelak.. 
Cuma harap anda jaga & pelihara semua koleksi gambar saya.. 
Barangsiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan jaga aib dia di akhirat, InsyaAllahh....
Jika anda ingin kembalikan semula barang saya... Saya terima dengan hati yang terbuka..
Allah yang Maha Kuasa itu pun Maha Pengampun.. 
Inikan pula saya cuma hamba yang HINA, yang tak punya apa-apa....

Assalamualaikum T.T
-_________- 






Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !

LEPAS SPM ??? ( PART ONE) # JPJ #

 


Dah lama rasanya tak meng-UPDATE-kan blog nie.. haha
Biasalah orang baru belajaq berBLOGGING. hehe
Ok, apa kata kita cerita pasai apa saya wat sepanjang cuti lepas SPM..
Perkara normal yang besa lepasan SPM wat...
amek kelas memandu laa..
jadi jom cita sal tuhhh..


Emmm.. test JPJ...
Jabatan Pengangkutan Jalan.
betui tak?


benda nie la yang saya dok sibukkan sejak abis SPM rituhh..
memandangkan saya tidak LAYAK jadi wirawan & wirawati PLKN...
*wat sedih pulak..padahal syiokk gilerr..haha


jadi sebagai anak yang TAAT dan PATUH pada ibu bapa saya,
*napa? tak caya ka? pi la tanya ayah & mama sAya..hehe
saya pun mula daftar la kelas memandu..
kononnya nak tolong ayah laaa bila dah ada lesen..
ambil alih tugas DRIVER sukarelawan..
*padahal.. ekk~

jadi mula la amek kelas KPP..
korang tau tak mende nie 'stands' untuk apa?
Lama dah laa, saya pun dah lupa..haha
kira cam kelas nak amek tau pasai undang-undang jalan raya tuh..
Waktu nie la korang akan dapat buku undang-undang yang korang kena hapai tuhh..
dalam tuh ada la simbol WARNA WARNI tuh..
*kalaulah JPJ tau saya dah lupa semua tuh, mau ditariknya lesenku ini~

bila orang tanya masuk daftar bila?
saya bajet konon daftar awai la...
cehh bangga amek lesen awai dari orang..
*padahal 2-3 hari ja sebelum tahun baru,,hehe
Memandangkan saya ialah sejenis homo-sapiens yang TERLALU CINTAKAN buku,
sampai seminggu amek masa,
*konon nak baca buku laa~


Alhamdulillah saya lulus dengan jayanya, hehe
Salah 2 ka 3 tatau,, lupa lakk..
Mantopp la tuh kan??? haha

Lepas tuh , korang kena pi kelas 6 jamteori/praktikal untuk kereta dan motor..
*kalau korang amek dua-dua sekali = 12 jam lahh ye~
Haaaa! waktu nie laaa, buat yang saya ketaq gilerrr tuhhh
bayangkanlahh nak bawa motor + kereta tuhh...haha
banyak peristiwa memalukan dan melawakkan laaa yang jadiii....
jadi biarlah rahsia, okk??

habis ja kelas nie, korang pun dapt la lesen L...
buat yang dah cekap motor tuh, guna sakanlah lesen L tuhh..
buat yang terlebih cekap cam saya, kita simpan dulu nohh..
ingat ye, lesen L untuk kereta tak leh bawa atas j/raya lagii..
toksah dok buat undang-undang korang seniri..
*acehhh, bajet skema bolee

lesen L tuhh boleh siap dalam 2-3 hari centu laa

pastuh korang dah melangkah setapak mendekati test JPJ~
haha
korang kena sambung 8 jam belajar moto dan kereta..
jadi jumlah = 16 jam laa...

haaaa !
kalau korang dah cekap, korang senang laa bila dekat kelas nie...
tayah tambah masa dahhh,
jimatttt !
jangan jadi macam saya lerr, tambah masa manyakkk~
tapi tapa, berbaloi berbaloi laaa...
saya lulus test QTI dan JPJ...
yessss ! Alhamdulillah~


Buat kawan-kawan yang tinggal di Alor Setar, 
saya cadang wat kat Konsortium Villamaju  dari wat tempat lainn..
sebab kalau tempat lain , agak susah sikit nak lulus lerr...
*cadangan buat anda yang kurang cekap seperti saya

Seriusss~
ramai gilerrr orang waktu saya test rituhhh...
saya dapat wat no. 66 untuk moto...
dan no. 20 lebihh untuk test kereta...
Tapi disebabkan buat double test dapat la wat awai , hehe
okk... nanti kita sambung PART TWO...

Assalamualaikum, adiosss !!!! 



Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !

Sunday, 22 April 2012

yakin diri ???

 



Pelajar adalah golongan paling ramai yang bermasalah dalam membina rasa yakin diri.
Ramai dari kalangan pelajar merasa kurang yakin, ragu-ragu dengan kebolehan mereka kerana mereka berada dalam peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman belia seterusnya ke zaman dewasa.
Rasa kurang yakin diri pada seorang pelajar biasanya timbul dalam bentuk:

a. rasa kekecilan.
b. rasa tidak setanding dengan kawan-kawan.
c. rasa terpukul sebab tak dapat apa yang kawan-kawan dia dapat.
d. malu berdepan ramai orang, malu bercakap di depan beberapa orang.
e. takut-takut untuk bercakap, meluahkan pendapat atau menyerlahkan bakat.
f. kurang puas hati dengan fizikal – misalnya kurang tinggi berbanding kawan-kawan, kulit kurang cerah berbanding kengkawan lain, muka kurang hensem atau kurang cantik, pencapaian dalam pelajaran kurang cemerlang.
g. kurang berduit berbanding kawan-kawan.

Jika Anda seorang pelajar dan Anda kurang ada keyakinan diri, 
berikut adalah 3 tips untuk membina rasa yakin diri:


1. Kenali diri Anda, jadilah diri sendiri.




Anda tahu siapa Anda, Anda sedar mana asal Anda, terimalah diri Anda seadanya. Kalo dah ditakdirkan Anda bertubuh pendek, berkaki pendek, kurus dan bercermin mata, terimalah Tuhan dah jadikan Anda camtu.
Jika Anda ada kekurangan dari segi fizikal, pasti Anda ada kelebihan dari segi mental. Gitulah sebaliknya.
Tuhan tak akan berikan kita kekurangan melainkan dia berikan kita kekuatan. Jadi, kita kena cari kekuatan tu. Bila Anda dah jumpa, gilap dan perbaiki dari semasa ke semasa.
Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan yang kita tak jumpa kat tempat lain.


2.   Terima teguran, gurauan dan cercaan kawan-kawan.


no more tears , k ??


Jangan respon pada kata-kata negatif, teguran negatif, gurauan sarkastik atau cercaan negatif yang ditujukan pada Anda. Diamkan diri saja, jangan balas, jangan fikir. Biarkan berlalu.
Lama-lama semua tu akan pergi sendiri, menghilang begitu saja. Rasa yakin diri akan jadi bertambah jatuh apabila Anda respon pada setiap kata-kata negatif. Jatidiri Anda akan menghilang apabila Anda selalu memikiran kata-kata negatif tu.
Emosi akan tercabar hingga membuat Anda hilang pertimbangan, lantas membuat Anda kurang selesa dengan diri Anda. Bila sudah kurang selesa dengan diri sendiri, keyakian mula luntur satu persatu.

3. Bijak memilih kawan.


 

Remaja suka berkawan. Tapi, kena pandai pilih kawan.
Jangan sampai gara-gara mau diterima kawan, diri sendiri terkorban. Sikap kawan boleh mempengaruhi Anda.
Banyakkan berkawan dengan rakan-rakan aktif, positif, bersikap baik, berkata yang baik-baik, yang cemerlang dan berperangai baik sebab biasanya kengkawan yang camni ada keyakinan diri. Keyakinan mereka yang Anda nampak tu akan mempengaruhi Anda.
Dari pergaulan dengan kawan yang baik-baik, Anda boleh belajar cemana untuk perbaiki diri sendiri. Kesannya lama kelamaan rasa yakin diri tu mula timbul, menambah dan terus menambah.


3 tips ni hanya tips yang asas namun amat baik untuk dipraktikkan pada peringkat permulaan anda mahu berubah menjadi remaja berkeyakinan diri.




Salam, adioss !

Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !