Boss Kat Sini

Lahir 27hb November 1994
Tinggal kat Negeri Jelapang Padi
Saya Kak Long, ok ???
sangat suka bila dapat bagi nasihat kat orang, tatau pasaipa :p
seorang kepala angin , derr...
HomoSapiens HAPPY

Saturday, 17 March 2012

Penantian suatu penyeksaan???

 




Macam mana? 
Dah sedia nak pi ambik keputusan SPM
Keputusan bila?
Tak sabar nak tunggu , nak tengok kecemerlangan~
Agak-agak target dapat berapa A? 
Nak lanjut dalam bidang apa nanti?
Nak jadi apa? Target universiti mana?


Itulah persoalan yang sering aku dengar kebelakangan nie...
Dan apa yang aku jawab?

            hmmm =='    
               
Dan apa lagi yang aku boleh jawab?
Seriuss ketaqqq~
Tapi aku ada baca suatu 'note' pasai keputusan SPM nie..
Aku agak terinspirasi dan termotivasi la jugak dengan 'note' dia..
Antara kata-kata dia, kita harus redho dengan 
apa saja keputusan yang kita dapat..
InsyaALLAH rezeki kita ALLAH dah tetapkan, 
cuma cepat atau lambat ja kita akan dapat..
Aku harap ditenangkan hati dan dikuatkan iman 
untuk terima walau apa saja keputusan yang aku dapat...InsyaALLAH..
Keputusan yang ALLAH kurniakan kepada kita pasti ada hikmahnya..
Gali dan cari hikmah di sebaliknya
InsyaALLAH kita akan lebih tenang untuk menerima apa saja keputusan kita..
Kawan-kawan jangan lupa ya sujud syukur 
bila dapat keputusan yang cemerlang nanti,
kalau keputusan yang kurang cemerlang pun sujud syukur juga, 
apa-apa pun ia tetap nikmat dari ALLAH..
Sahabat aku nie jugak ada sebut pasai perbualan dia dengan sahabat dia,

" Aku rasa keputusan yang aku dapat selama nie, 
ALLAH bagi pun atas usaha gigih mak ayah aku,
mak ayah aku dulu rajin usaha, 
belajar tapi keputusan biasa-biasa aja,
aku nie usaha tak tara mana, 
tapi keputusan boleh tahan laaa"

Emm, bila aku baca nie, 
agak menusuk masuk dalam hati aku laa...
Betul jugak, walaupun aku punya keputusan selalu tak sebaik mana,
 tapi Alhamdulillah keputusan aku masih dikategorikan baik lahh 
memandangkan usaha aku pun tak seberapa... 


aku harap dapat pulang dengan wajah gembira sebegini, insyaALLAH =)

Oklah adiosss...
Assalamualaikum,
aku doakan aku dan korang semua dikurniakan 
ketenangan dalam menerima apa saja keputusan SPM kita..
Aminnnn...




Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !

Wednesday, 14 March 2012

Ehh! Tak Tau pun??


Oklah malam nie rasa cam nak berceloteh banyak sikit laa...
Mungkin sebab lama dah tak berleter kot, hehe
Lepas nie pun mungkin akan sibuk dengan macam-macam urusan SPM..
Jadi malam nie kita nak celoteh pasai satu isu EVERGREEN yang
 sampai sekarang diambil ringan..



Korang dah boleh agak isu apa yang aku nak leterkan nie? 
Jom kita kupas isu nie..

Mengikut Wikipedia :AURAT (Bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan.

Jadi apa yang korang faham?
Mesti lah melibatkan konsep menutup apa yang sepatutnya kan?
Apa lahh dia nie tanya soalan.. Budak tadika boleh jawab..
Tapi masalahnya sekarang , semua faham tapi buat-buat tak faham..
Ataupun tak faham secara menyeluruh..
Sekarang kita tengok definisi aurat pada:

LELAKI:
Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

 DI ANTARA pusat dengan lutut ya? bukan pusat dan lutut saja tau !  
Konsep nie la yang diguna pakai bila pakai SHORT tuh..

PEREMPUAN:



  • Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. 
  • Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
  • Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
  • Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.       Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita dihadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya.
  • Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
 ingat, aurat kita maruah kita!

Penjelasan yang sejelas tu masih belum faham? 
Aku yakin hampir semua muslimah tahu tentang hakikat nie.. 
Tapi mereka tak mengenal mahram mereka sendiri..

 kan comel ???

Di hadapan siapa mereka boleh membuka tudung? Bersalam?
 Itu la masalahnya. 
Dan sudah ibarat budaya Melayu sendiri, 
orang muda mesti bersalaman dengan yang tua.. 
Tak kira lahh mahram atau bukan.. 
Kononnya atas dasar menghormati laa. 
Lagi satu, memandangkan membesar bersama, 
sudah rapat seperti adik beradik, 
sepupu pun dah tak dijaga batas aurat. 
Ya memang kita takdak niat untuk berkahwin dengan spupu sendiri, 
Tapi mereka masih bukan mahram kita. 


 kaki juga aurat tau, pakai stokin ! =)


Ada juga yang menganggap ipar ibarat abang, adik , kakak sendiri.. 
Tak boleh, macam itu, Mereka memang keluarga kita. 
Tapi masih bukan mahram kita. 
Harus dijaga batasnya seperti dengan bukan mahram. 
Islam tak halang kita berkasih sayang dalam keluarga, ipar, sepupu, 
bapa saudara/ibu saudara (yang bukan adik beradik ibu bapa kita) 
-mereka di atas dikira bukan mahram kita tau-
Islam itu agama yang penuh dengan kasih sayang, 
Hukum Allah bukti kasih sayang Allah pada kita. 
SEBAB APA? MUSLIMAH ADALAH :


 SANGAT ISTIMEWA !


Dia pelihara kita daripada FITNAH dengan kewajipan menutup aurat nie.. 
Banyak hikmahnya.. Lihat pada yang positif. Cari kebaikannnya..
InsyaALLAH keburukan/perkara negatif akan hilang dari fikiran kita.. 
Ingat ya, sahabat ! Hukum Allah jangan dibuat main. 
Jangan hanya simpan dalam dada ilmu yang korang tahu. Amalkan ! 


 cantik dan manis =)

YA memang susah nak ubah tabiat dan budaya sebegini, tapi itulah namanya perjuangan..  
Aku pun tengah berusaha memperbaiki batas aurat aku. 
Sama-sama lah kita usahakan.. 
Moga usaha kita mendapat redhoNYA dan dipermudahkan laluan kita...
Mula-mula mungkin akan ada halangn tapi ingat Allah sentiasa bersama kita..


Wahhh, panjang celoteh kali nie, ok lah sampai sini dulu kot.. Assalamualaikum..

lama-lama aku yang jadik ceni =='






Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !

21 MAC 2012 ... Dup..Dap..Dup..Dap..

 


Selamat malam sahabat-sahabat ku sekalian.. Eh, pagi dah kan? hehe
Selamat pagi jugak lahhh..
 Sekarang aku  nak celoteh pasai keputusan yang nak kuaq nie..
Korang yang sama tua dengan aku, 
mesti tengah tak senang duduk kat umah kan?
Mesti ada yang sampai termimpi-mimpi kan? 




 
Apa yang ada dalam mimpi korang???

 Aku pun sebenarnya ada jugak termimpi pasai keputusan nie.. haduiii. 
tapi mimpi aku tak sempat habih pulak.. 
Elok cikgu nak bagitau keputusan aku, aku terjaga terus lakk.. 
Tak sempat nak tengokk slip laa..hehe

Tapi serius aku cakap, aku rasa macam sekejap sangat semuanya  berlalu,
Rasa macam baru aja semalam masuk menengah atas, 
belajar semua subjek baru yang aku tak pernah ambil tahu sebelum nie, 
sat jaa, dah habih SPM rupanya..

Bila aku balik kampung ja. Semua pakat dok tanya bila keputusan keluaq? 
Tak sabaq nak tau keputusan dia.. 
Nanti bagitau la kat nie, kat nu , tau, mesti cemerlang kan?

Aduhh , ayat depa buat aku makin risau dengan keputusan aku..
Macam  mana kalau keputusan aku tak seperti yang depa semua harapkan?
Stress aku dibuatnya..


nasib baik rambut tak luruh habihh =P

Dalam STRESS tuh aku teringat suatu kata-kata yang aku jumpa dalam FB..
Yakinlah pada Allah, dengan redho dengan segala ketentuanNya..
Jika kita yakin pada Allah dengan mengharapkan 
Allah memakbulkan permintaan kita.
Nescaya kita akan terus menyalahkan Allah 
jika permintaan kita tak tercapai/terlaksana..
Emmm, mampukah aku nak mencapai tahap keyakinan sebegitu sekali...
Ya Allah, bantulah aku dan sahabat-sahabat ku 
agar dapat menerima segala ketentuanMu untuk kami..
Hanya Kau yang lebih mengetahui apa yang TERBAIK untuk kami..
Moga keputusan kami dapat menghadirkan rasa gembira & rasa syukur
dalam hati ibu bapa , guru-guru, keluarga dan diri kami Ya Allah..
Aku mohon padaMu , Ya ALLAH, Ya RABBANA...

Aminnnkan ramai-ramai =)


Oklah, selamat berlayar ke alam mimpi.. 
Assalamualaikum..


Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !

Friday, 9 March 2012

First Trial ? Emm, not bad laa..


Assalamualaikum dan Selamat malam,
Ok, Tanggal 9 Mac 2012, dengan rasminya aku ada blog, HAHA
(macam lawak pulak, untuk aku laa, korang tak rasa apa, hehe)
Apa nak cakap aaa? Oklah baca ja lahh aku merepek apa punn.. Hehe
Aku dilahirkan sebagai seorang muslimah.  
Dan untuk itu, Alhamdulillah aku sangat bersyukur..
Tapi aku mohon maaf laa kalau mungkin pembahasaan diri terasa kasar 
dan tak melambangkan muslimah. Mungkin lepas nie aku akan tukar. InsyaALLAH... 
Buat masa nie pakai 'aku' dulu takpa kan? Hehe
Nama ehh? Cuba korang cari, hehe.. Suatu hari nanti aku bagitau betul2 ya? InsyaALLAH..
Ikut suka lah korang semua nak panggil aku apa, Aku tak kisah pun,
Asal jangan panggil nama yang pelik bin aneh sudah laa.. Maksud nama mesti baik ya~
Sebenarnya aku baru ja nak berjinak-jinak dengan dunia 'blogging' nie.
Aku sebenarnya dalam banyak-banyak benda , aku paling malas nak menulis laa.
Pertama, aku malas nak tulis. Hehe.. Penyegan sikit.. 
Maaf la noohh.. Semula jadi.. (Jangan tiru ya, adik-adik di rumah!)
Kedua, aku bukan banyak idea sangat nak menulis nie.. Tapi kena biasakan la kan, betui tak?
Ketiga dan seterusnya, biar aku ja la yang tau~
Aku sebenarnya bekas pelajar sekolah. Cewwah ! BEKAS tuh.. Bangga ke?
Sebenarnya aku rindu sekolah aku.. Sangat rindu.. 



 waktu sekolah dulu takmau cakap ceni pulak, sekarang? =='


Nak wat cena kan? Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hmm.. 
Ok lah bila2 nanti kita kenal-kenalan lebih lanjut. InsyaALLAH.. Sekarang aku nak bagitau aku buat blog nie pun dibantu adik aku yang tersayang la.. Aku mana nak reti semua nie.. Serabut kepala tengok.. Tapi kena maju la sikit kan? Takkan nak jadi katak bawah tempurung pulak.. Haha. 
Takpa, masih mencuba.. Aku pun dah taktau nak merepek dan berleter apa lagi malam-malam nie.. Ok lahh adios ! Assalamualaikum ! Jom tido !


 Syiokknye kucing nie tidoo..
ZzzZZzzz

Amacam? Suka celoteh kat atas nie? Jangan lupa komen ye !